top of page

PROGRAM
KERJAYA MADANI (PERKESO)

Program Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal merupakan program inisiatif daripada Kerajaan di bawah Belanjawan 2023 yang bertujuan untuk memperkasakan pasaran buruh bagi meningkatkan potensi individu yang sedang bekerja di bawah Sektor Tidak Formal untuk memperoleh pekerjaan formal melalui pengiktirafan pencapaian terdahulu (RPEL), microcredential atau pensijilan profesional atau kompetensi yang diiktiraf IPTA / IPTS / JPK / MQA / badan ikhtisas / pusat bertauliah yang diiktiraf oleh badan peneraju industri.

Kumpulan sasaran bagi Program Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal adalah pekerja gig atau Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang mempunyai tahap pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah. 

ANJURAN Prominent Education & Skills
(Penyedia Latihan PERKESO)

PENGENALAN PROGRAM:
1. Program Latihan Peningkatan Kemahiran (Upskilling) melalui pengajian RPEL / PPT yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK)
2. Peserta akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
3. Kursus selama 5 hari Sahaja
4. Tanggungan bayaran yuran Latihan sehingga RM4,000

PROGRAM YANG DITAWARKAN:
1. Sijil Kemahiran Malaysia Perkhidmatan Kecantikan (Tahap 1)

2. Sijil Kemahiran Malaysia Perkhidmatan Terapi Kecantikan (Tahap 2)

3. Sijil Kemahiran Malaysia Perkhidmatan Estetik (Tahap 3)
4. Sijil Kemahiran Malaysia Koordinasi Pengurusan Acara (Tahap 3)
5. Sijil Kemahiran Malaysia Setiausaha Korporat Eksekutif (Tahap 3)

6. Sijil Profesional FOUNDATION IN MANICURE AND PEDICURE (JPK Modular)

7. Sijil Profesional  MANUAL FACIAL (Modular)

 

Anda boleh pilih salah satu (1) kursus latihan yang ditawarkan.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN:
1. Warganegara Malaysi
2. Tahap Pendidikan SPM dan ke bawa
3. Berumur 18-40 Tahun
4. Belum pernah mencarum PERKESO atau tidak mencarum sekurang-kurangnya selama 2 hingga 6 bulan sebelum pendaftaran.
 

Hubungi kami untuk maklumat lanjut: 011-59131301

DAFTAR DI SINI: https://forms.gle/CLAPi7xz46gqg5gz7

bottom of page